Pemandangan udara di sekitar Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula tengah malam 30 Mac hingga 13 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hulu Langat catat kes baharu Covid-19 tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 9 APRIL: Hulu Langat dan Petaling mencatatkan jumlah kenaikan tertinggi jangkitan Covid-19 di Selangor, kata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) negeri.

Berdasarkan data terbaharu CPRC negeri sehingga 9 malam tadi, dua daerah itu menunjukkan pertambahan sebanyak 14 dan 11 kes berbanding kawasan lain.

Kenaikan turut berlaku di enam daerah lain iaitu Klang (10), Gombak (tujuh), Sepang (lima), Sabak Bernam (dua) dan Hulu Selangor serta Kuala Langat masing-masing satu. Tiada jangkitan baharu direkodkan di Kuala Selangor.

Data sama menunjukkan Hulu Langat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 31 Mac masih kekal menyumbang jumlah tertinggi jangkitan Covid-19 iaitu sebanyak 370 kes daripada keseluruhan 1,116 kes di Selangor.

Ia diikuti Petaling (319), Klang (146), Gombak (119), Sepang (54) dan Hulu Selangor (41), Kuala Selangor (27), Kuala Langat (25) dan Sabak Bernam (15).

Hari ini, Hulu Selangor menjadi daerah keenam zon merah apabila kes melebihi 40 kes. Selain itu,  Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak dan Sepang.

Semalam, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri akan melakukan ujian saringan Covid-19 besar-besaran ke atas penduduk di beberapa lokasi yang sudah dikenal pasti bermula esok.

Seramai 1,000 hingga 1,200 penduduk disasar akan melakukan ujian saringan berkenaan.


Pengarang :