Pembantu perubatan memeriksa suhu badan orang awam sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Ajwa, Shah Alam pada 27 Mac 2020 sebagai langkah mencegah penularan Covid-19. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Hulu Langat, Klang rekod kes baharu dijangkiti Covid-19 tertinggi

SHAH ALAM, 8 APRIL: Hulu Langat dan Klang mencatatkan jumlah kenaikan tertinggi jangkitan Covid-19 di Selangor semalam, kata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) negeri.

Berdasarkan data terbaharu CPRC negeri,  sehingga 7.45 semalam, dua daerah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 18 dan 11 kes berbanding kawasan lain dalam tempoh sama.

Kenaikan turut berlaku di tiga tempat lain iaitu Sepang dengan tujuh kes, Petaling (4) manakala Gombak (1).
Bagaimanapun, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam tiada jangkitan baharu direkodkan.

Data sama menunjukkan Hulu Langat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 31 Mac masih kekal menjadi kawasan paling tinggi mempunyai kes jangkitan Covid-19 iaitu 343 kes.

Diikuti Petaling sebanyak 301 kes, Klang (122), Gombak (108), Sepang (50), Hulu Selangor (33) dan Kuala Selangor (27).

Kuala Langat dan Sabak Bernam masing-masing sebanyak 23 dan 10 kes.

 


Pengarang :