AGENDANASIONAL

NUJ kumpul sumbangan buat pengamal media terjejas

SHAH ALAM, 8 APRIL: Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan NSTP memohon sumbangan barang keperluan asas dan wang tunai untuk diagihkan kepada pengamal media yang terjejas ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusinya, Farah Marsitah Abdul Fatah berkata pihaknya sedang giat mengumpul sumbangan dan berharap lebih banyak pihak tampil sebelum penyerahan dilakukan Jumaat ini di Balai Berita, Bangsar.

“Kita sasar untuk membantu kira-kira 50 pengamal media termasuk mereka yang diberhentikan kerja di syarikat akhbar masing-masing. Kalau dapat banyak sumbangan lebih ramai dapat dibantu.

“Perintah kawalan ini sememangnya memberi kesan kerana ada yang tidak dapat bekerja seperti biasa menyebabkan pendapatan terjejas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Farah Marsitah di talian 011-1151 8152 atau menyalurkan terus ke akaun Maybank NUJ New Straits Times, 014123402623.


Pengarang :