Kompartmen 21, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang terbakar berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas seminggu usaha pemadaman dilakukan pasukan bomba Selangor pada 24 April 2020. Foto ihsan Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor
AGENSISELANGOR

Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan padam sepenuhnya

SHAH ALAM, 26 APRIL: Pasukan bomba mengambil masa seminggu untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di Kompartmen 21, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan pada 18 April lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata api yang merebak sehingga memusnahkan 110 hektar hutan itu dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 3 petang, Jumaat lalu.

“Beberapa kaedah dilaksanakan antaranya anggota bomba masuk ke hutan untuk memadam api, membanjirkan kawasan dengan menggali parit dan melakukan pemadaman dari udara menggunakan helikopter.

“Operasi pemadaman turut dipercepatkan oleh hujan terutama tiga hari terakhir pemadaman,” katanya.

Katanya, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan tidak menolak kemungkinan berlaku akibat pencerobohan bagi tujuan pertanian atau kerana cuaca panas dan kering.


Pengarang :