Sesi Interaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor, Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Pulau Pinang menerusi Facebook pada 21 April 2020. Foto ASRI SAPFIE SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Tanggungjawab PBT pantau operasi perniagaan makanan dari rumah

SHAH ALAM, 21 APRIL: Pihak berkuasa tempatan (PBT) bertanggungjawab meneliti dan memantau perniagaan makanan termasuk peniaga yang beroperasi dari rumah bagi menjaga kualitinya, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata usaha itu bukan bertujuan mengekang peniaga di bulan Ramadan sebaliknya untuk memastikan standard makanan dijual memenuhi kriteria kesihatan bagi mengelakkan keracunan makanan.

“Kita suka atau tidak sebenarnya di komuniti kita sama ada di Facebook, WhatsApp atau jaringan sosial yang lain, mereka sudah mula menjual secara sendirian atau ditubuhkan oleh komuniti tersebut,” katanya ketika Sesi Interaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor, Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Pulau Pinang menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata pembatalan operasi bazar Ramadan yang sudah menjadi tradisi di negara ini semata-mata tanpa mewujudkan alternatif lain seperti e-bazar menganiaya peniaga selepas terkesan akibat pandemik Covid-19.

Dalam penjelasan sama Amirdudin memaklumkan bayaran pendahuluan bazar Ramadan sedang dipulangkan semula kepada peniaga di semua peringkat PBT di Selangor.


Pengarang :