Penduduk berdiri di koridor asrama Selatan Tuas yang menempatkan perkerja asing yang dikawal ketat kerajaan Singapura ekoran penularan wabak Covid-19 pada 19 April 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Covid-19: 1,111 kes baharu di Singapura, keseluruhan 9,152

SINGAPURA, 21 APRIL: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH)  mengesahkan tambahan 1,111 jangkitan kes Covid-19 di republik itu yang menjadikan keseluruhan kes kepada 9,152.

Kementerian itu menyatakan majoriti kes baru terdiri daripada pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing manakala 20 kes melibatkan warganegara Singapura dan Penduduk Tetap.

“Kami masih sedang mengkaji butiran kes, dan makluman selanjutnya akan dikongsikan melalui kenyataan media MOH yang akan dikeluarkan malam ini,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini.

Dengan jumlah kes terkini itu, Singapura yang mencatatkan kes pertama Covid-19 pada 23 Januari, mencatatkan jumlah tertinggi dalam kalangan negara Asean.

Sehingga 12 tengah hari 20 April, Singapura mengklasifikasikan 6,075 kes sebagai penghuni asrama, 339 melibatkan pemegang permit kerja tidak tinggal di asrama, 1,031 kes komuniti dan 569 kes lagi sebagai kes import.

Sementara itu, 801 pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan keluar dari hospital ataupun fasiliti pengasingan komuniti, manakala 23 dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi dan 11, mati.

-BERNAMA


Pengarang :