Anggota Pasukan Pantas MBSA sedang memotong pokok yang tumbang akibat angin kencang di Shah Alam pada 23 April 2020. Foto ihsan MBSA
PBTSELANGOR

Pasukan Pantas MBSA alihkan 91 pokok tumbang di Shah Alam

SHAH ALAM, 23 APRIL: Anggota Pasukan Pantas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengalihkan 91 pokok tumbang di beberapa tempat ekoran hujan lebat dan angin kencang pada jam 3 petang tadi, kata ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya.

Shahrin Ahmad berkata antara lokasi berlaku pokok tumbang ialah di Seksyen 2,3,4,7,9 dan U12.

Katanya, Pasukan Pantas MBSA terus bergegas ke lokasi untuk memotong dan mengalihkan pokok yang menghalang laluan.

“Maklumat lokasi pokok tumbang diterima daripada orang awam yang menghubungi bilik gerakan Pasukan Pantas MBSA,” kata beliau.


Pengarang :