Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Covid-19 Selangor bagi membolehkan orang ramai yang berhasrat memberi sumbangan. Foto Sumber: Twitter Dato’ Seri Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMA

TNB sumbang RM2 juta untuk Tabung Covid-19 Selangor

SHAH ALAM, 3 APRIL: Kerajaan Selangor menerima sumbangan RM2 juta dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk Tabung Covid-19 yang dilancarkan Dato’ Menteri Besar pada 1 April lalu.

“Sumbangan ini termasuk sumbangan peralatan berjumlah RM500,000 kepada Hospital Shah Alam.

“Terima kasih diucapkan kepada TNB atas sumbangan ini,” tulis Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitternya, hari ini.

Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Covid-19 Selangor bagi membolehkan orang ramai yang berhasrat memberi sumbangan.

Sumbangan boleh disalur menerusi akaun Maybank Islamic – 562106684326 dalam bentuk mata wang tempatan Ringgit Malaysia.

Kaedah sumbangan menerusi perbankan internet, cek, sistem pemindahan dana dan sekuriti secara elektronik masa nyata (Rentas), mesin teler automatik (ATM) dan pindahan telegrafik (TT).

Penyumbang tabung layak menerima potongan cukai mengikut Subseksyen 44(6) ACP oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Pengarang :