Warga Kuantan memakai pelitup muka ketika mengunjungi Jakel Kuantan mencari barangan persiapan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan pada 16 Mei 2020. Foto BERNAMA
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Amalkan kebiasaan baharu Aidilfitri

Umat Islam di seluruh negara menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini dalam suasana berbeza berbanding tahun-ahun sebelumnya berikutan wabak Covid-19.

Pastinya keadaan itu mengakibatkan beberapa tradisi terpaksa disesuaikan dengan kebiasaan baharu. Justeru, beberapa amalan tidak lagi sesuai, bahkan berbahaya. Apatah lagi, Pertubuhan Kesihatan Dunia
(WHO) menyatakan wabak ini “tidak akan berakhir” dalam masa terdekat.

Wartawan NAZLI IBRAHIM menyenaraikan beberapa kebiasaan baharu berdasarkan pemerhatian
umum.

Balik kampung

Budaya bertemu sanak-saudara mahupun ibu bapa di desa menjadi keutamaan ramai sebelum ini. Ada pulang ke desa menjelang hari raya, sebahagian lagi balik pada awal sambutan. Bagi yang berkeluarga, lazimnya penggiliran dibuat antara kampung suami dan isteri tetapi kali ini tidak perlu lagi
‘bergaduh’.

Namun, larangan terpakai jika melibatkan rentas negeri manakala rentas daerah masih dibenarkan. Mereka
masih boleh pulang ke rumah orang tua masing-masing jika mendiami negeri sama. Ini susulan pengumuman kerajaan yang melarang pergerakan antara-negeri. Walau menyedihkan banyak pihak tetapi keputusan itu bertujuan mengelakkan penularan virus khususnya melibatkan golongan berisiko tinggi seperti warga emas.

Solat Sunat Aidilfitri

Ibadat pada 1 Syawal menjadi kelaziman orang ramai sejak dulu. Biasanya, seluruh keluarga termasuk wanita dan kanak-kanak ke masjid, sebahagiannya lengkap berbaju raya, untuk bersolat dan bertakbir.

Namun, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) memutuskan larangan solat itu di semua masjid dan surau. Namun, mereka boleh menunaikan ibadat itu di rumah bersama ahli keluarga.

Secara tidak langsung, tiada suasana kemeriahan di masjid pada pagi raya. Namun, perkara ini
tertakluk kepada pengumuman kerajaan berikutan kenyataan perdana menteri untuk memperhalusi perkara tersebut.

Kunjung-mengunjungi

Sekalipun kunjung-mengunjung saudara-mara mahupun sahabat handai masih dibenarkan tetapi tradisi itu pastinya tidak sama seperti dulu. Berapa garis panduan perlu dipatuhi termasuk tidak boleh menziarahi rumah melebihi 20 orang dalam satu rumah, bergantung kepada saiz kediaman. Selain itu, amalan penjarakan sosial dan penggunan cecair pembasmi kuman perlu dibudayakan.

Rumah terbuka

Sekalipun amalan ini bukan bersifat turun-temurun tetapi ia seakan-akan menjadi kemestian sepanjang bulan Syawal sejak beberapa dasawarsa. Kali ini, ia dilarang kerana melibatkan himpunan orang. Sama ada orang perseorangan mahupun organisasi, larangan itu sedikit sebanyak melunturkan keceriaan bulan Syawal.

Selain itu, tradisi baraan yang menjadi amalan masyarakat Jawa khasnya, juga disebut marhaban di sesetengah tempat lain, juga tidak boleh diadakan berikutan ia melibatkan bilangan ramai pada satu-satu

Beberapa garis panduan perlu dipatuhi termasuk tidak boleh menziarahi rumah melebihi 20 orang dalam satu rumah, bergantung kepada saiz kediaman.

Selain itu, amalan penjarakan sosial dan penggunan cecair pembasmi kuman perlu dibudayakan.

Bersalaman

Hampir setiap masa sepanjang Syawal, perbuatan ini menjadi rutin apabila bertemu saudara-mara mahupun sahabat-handai, baik di kampung mahupun di pejabat atau lokasi awam. Bahkan, sesetengah individu bukan setakat berjabat tangan tetapi turut berpelukan dek lamanya tidak bersua wajah.

Namun, amalan itu seolah-olah ‘diharamkan’ berikutan ia mengundang risiko jangkitan. Amalan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga terdekat, sesetengahnya diiringi tangisan, kini menjadi berbahaya jika kurang waspada.

Ziarah pusara

Sekalipun, tiada larangan (kecuali di Selangor) menziarahi pusara ahli keluarga diikuti bacaan surah Yasin, suatu aktiviti lazim seusai solat sunat Aidilfitri, namun perbuatan itu perlu dilakukan dengan mematuhi penjarakan sosial.

Ini berikutan kedudukan kubur lazimnya berdekatan antara satu sama lain sekali gus menyukarkan pematuhan terhadap arahan penjarakan sosial, lebih-lebih lagi melibatkan anggota keluarga besar.

Pelitup muka

Galakan Kementerian Kesihatan untuk memakainya walau bukan suatu kemestian menjadikan aksesori itu seakan-akan pakaian raya pada sambutan kali ini. Apatah lagi, ada aneka corak pelitup muka di pasaran, sesetengah berwarna-warni.

 


Pengarang :