Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 4 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

KKM akui wujud pesakit tanpa gejala walau tidak ramai

SHAH ALAM, 4 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui hanya sebilangan kecil pesakit Covid-19 yang disaring tidak menunjukkan sebarang gejala.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada 5,164 pesakit tidak bergejala yang disaring, hanya lima kes atau 0.1 peratus didapati positif wabak.

“Di Selangor pula, seramai 5,433 individu disaring dan hanya lapan tidak mempunyai gejala.

“Kes yang dikesan positif (tanpa gejala) memang ada tetapi jumlahnya kecil, namun jika ada yang mempunyai simptom diminta terus ke hospital untuk jalani pemeriksaan,” kata Datuk Dr Noor Hisham pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata individu tidak bergejala masih boleh menyebarkan jangkitan kepada orang lain, namun risikonya lebih rendah.

“Walaupun kuantiti virus masih kurang tetapi individu tersebut disarankan untuk membuat saringan kesihatan,” katanya lagi.


Pengarang :