AGENDANASIONAL

Kota Samarahan tukar zon kuning, zon merah kini sembilan

SHAH ALAM, 11 MEI: Kota Samarahan di Sarawak kini berstatus zon kuning, selepas hanya merekodkan 36 kes aktif positif Covid-19 setakat jam 12 tengah hari semalam.

Berikutan itu zon merah di seluruh negara berkurang kepada sembilan, berbanding 10 kawasan kelmarin, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lokasi zon merah yang masih kekal adalah Kuala Lumpur dengan 367 kes aktif membabitkan Batu (102 kes), Ibu Kota (147), Kampung Bharu (73) dan Sri Petaling (45).

Selain itu Petaling merekodkan 60 kes aktif, Gombak (71), Kluang (41), Rembau (130) dan Kuching (85).

Menurut KKM sebanyak 27 kes positif dilaporkan di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya menyebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikeluarkan di kawasan tersebut, semalam.

Pada masa sama, sebanyak 73 daerah dan presint di seluruh negara kini berada dalam zon kuning dan 118 lagi zon hijau manakala bilangan kumulatif kes positif adalah 6,656 kes dengan 1,523 kes aktif.


Pengarang :