Pasukan petugas kesihatan Selcare menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 dari rumah ke rumah anjuran Kerajaan Selangor secara percuma di Rantau Panjang, Klang pada 19 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor kekal zon merah

SHAH ALAM: Tiga daerah di Selangor iaitu Petaling, Hulu Langat dan Gombak masih dikategorikan zon merah setakat jam 12 tengah hari semalam selepas merekodkan lebih 40 kes positif Covid-19.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, Gombak mencatatkan kes tertinggi iaitu 86 diikuti Petaling (48) dan Hulu Langat (45).

Tujuh zon merah lain ialah Kluang (58), Kuching (97) dan Kota Samarahan (44), Batu (91), Kuala Lumpur/ibu kota (155), Kampung Bharu (67) dan Sri Petaling (45).

“Teruskan tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan dan kebersihan dengan mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain dan basuh tangan dengan sabun dan air secara kerap,” katanya di Facebook.

Statistik sama menunjukkan 14 kes dicatatkan di Klang, Kuala Selangor (13), Kuala Langat (4), Sabak Bernam (2), Hulu Selangor (2) dan Sepang (1).

Semalam, sebanyak sembilan kes baharu di Selangor menjadikan jumlah keseluruhan 1,564 kes dengan 20 kematian direkodkan.


Pengarang :