Orang awam berjoging di Taman Tasek Ampang Hilir, Kuala Lumpur pada 17 Jun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas Kerajaan membenarkan aktiviti riadah di taman awam. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Selangor catat angka tunggal sepanjang 10 hari

SHAH ALAM, 30 JUN: Selangor mencatatkan angka tunggal kes baharu covid-19 dalam tempoh 10 hari berturut-turut bermula 21 Jun lalu hingga jam 12 tengah hari tadi.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor berkata rekod berkenaan merupakan petanda positif dan rakyat diingatkan terus patuh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Dengan kadar yang begitu rendah, potensi sifar kes baharu adalah tinggi,” katanya di Facebook hari ini.

Sementara itu, Bilik Gerakan Covid-19 Selangor melaporkan satu kes baharu hari ini membabitkan jangkitan dari Cairo, Mesir menjadikan jumlah keseluruhan 2,047 kes.

Hulu Langat turut dikategorikan zon hijau selepas Sabak Bernam susulan tiada kes aktif dicatatkan.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat pertambahan dua kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 8,639 kes.


Pengarang :