AGENDANASIONAL

Kluster baharu Covid-19 dikesan di pusat jagaan warga emas

SHAH ALAM, 15 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti satu kluster baharu melibatkan warga emas di sebuah pusat jagaan di Kuala Selagor, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia adalah kes ketiga positif Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari tadi dikaitkan dengan kluster terbabit.

“Wabak itu dikesan pada 17 Mei lalu dengan dua kes positif hasil daripada saringan di pusat penjagaan warga emas berkenaan dan hampir sebulan kemudian, kes ketiga pula daripada saringan jangkitan pernafasan akut teruk (SARS) apabila pesakit itu dimasukkan ke wad Hospital Tanjung Karang pada Sabtu lalu,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham berkata kes tersebut dikesan setelah warga emas berkenaan disaring kali kedua walaupun negatif pada saringan pertama.

Katanya, pengesanan kes secara aktif dijalankan dengan langkah pencegahan termasuk nyahkuman dan nyahcemar dan setakat ini 12 kakitangan serta 26 penghuni pusat jagaan warga emas berkenaan disaring dan semua didapati negatif.


Pengarang :