Orang ramai memakai pelitup muka ketika membeli barang keperluan di pasar raya Aeon Big Ampang pada 3 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Mukim Beranang sifar kes Covid-19, kini zon hijau

SHAH ALAM, 4 JUN: Mukim Beranang di Hulu Langat diisytiharkan sebagai zon hijau susulan sifar kes Covid-19 hari ini.

Menerusi data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor, sebanyak 32 mukim di negeri ini berada dalam zon hijau serta bebas kes aktif wabak.

Bagaimanapun, Hulu Langat masih berada dalam zon merah dengan 112 kes aktif. Mukim Semenyih mencatatkan 68 kes, Hulu Langat (31), Kajang (7) dan Cheras (6).

Sepang juga berada dalam zon sama dengan 66 kes aktif. Mukim Labu merekodkan 62 kes, Sepang (3) dan Dengkil (1).

Beberapa mukim lain dijangka berada dalam zon hijau tidak lama lagi seperti Hulu Yam dan Kerling di Hulu Selangor, Hulu Kelang dan Setapak (Gombak) serta Kuala Selangor, masing-masing dengan satu kes.

 


Pengarang :