Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 1 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 13 kes baharu, 12 pesakit sembuh hari ini

SHAH ALAM, 10 JULAI: Malaysia merekodkan 13 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 8,696 kes semuanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata lapan kes mendapat jangkitan dari luar negara manakala lima kes penularan tempatan.

“Kes penularan tempatan membabitkan tiga warganegara dan dua warga asing. Sementara kes import pula enam warganegara Malaysia dan dua pemastautin tetap,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya.

Tambah beliau, 12 pesakit dibenarkan keluar wad menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 8,511 atau 97.9 peratus daripada jumlah keseluruhan manakala jumlah kematian kekal 121.

Berikut perincian kes jangkitan dalam negara:

-Dua kes jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) yang telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
-Satu kes membabitkan saringan sebelum masuk kerja di Kuala Lumpur
-Dua kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, di mana kedua-dua kes ini disaring semula sebelum proses penghantaran balik ke negara asal.


Pengarang :