Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada program penyampaian hadiah Pertandingan Lukisan Komik ‘Water You Doing’ anjuran Selangor Maritime Gateaway (SMG) di Bilik MTES SUK, Shah Alam pada 2 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Projek pulihara buah hasil, Sungai Klang makin bersih

SHAH ALAM, 2 JULAI: Projek Selangor Maritime Gateway (SMG) yang dilaksana untuk pemuliharaan Sungai Klang meningkatkan kualiti airnya dari tahap empat kepada tiga, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perancangan berterusan dijangka membawa perubahan dan mungkin boleh mencecah tahap dua dalam masa terdekat.

“Dalam masa sama, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga terdapat tanda positif dari aspek kebersihan air Sungai Klang. Ini perkembangan yang baik,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan hadiah pertandingan SMG Water You Doing? Show Us Your Art! anjuran Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) di sini hari ini.

SMG diperkenalkan pada 2018 membabitkan 120 kilometer Sungai Klang bertujuan menjana semula industri perhotelan, perdagangan, pelancongan, perumahan serta industri perkhidmatan.

Ia akan meliputi keluasan kawasan kira-kira 55,612 hektar sepanjang pesisir Sungai Klang dan projek itu juga dapat meningkatkan tahap kebersihan kualiti air dalam lembangan dan rizab sungai sekurang-sekurangnya, pada tahap kedua indeks kualiti air.


Pengarang :