Prof Ir Ts Dr Mohamed Thariq mengetuai penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta dron daripada gentian daun nanas yang mampu mengelak litar pintas serta mudah diperbaiki. Foto: UPM
PENDIDIKANSAINS & INOVASISELANGOR

Penyelidik UPM cipta dron gentian daun nanas, mesra alam

SHAH ALAM, 23 JULAI: Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta dron daripada gentian daun nanas yang mampu mengelak litar pintas serta mudah diperbaiki.

Ketua kumpulan penyelidik itu berkata dron itu boleh terbang sehingga 30 meter tinggi dan berada di udara selama 20 minit.

“Dron bahan semulajadi mempunyai kekuatan tinggi berdasarkan berat berbanding dron gentian sintetik serta lebih murah, ringan manakala bahan semulajadinya mudah diperolehi.

Dron daripada gentian daun nanas hasil inovasi penyelidik UPM mampu terbang sehingga 30 meter tinggi dan berada di udara selama 20 minit. Foto: UPM

“Biokomposit berpotensi gantikan bahan sedia ada dengan kelebihan seperti ringan dan mesra alam kerana faktor biodegradasi mudah terurai dan dilupus,” kata Prof Ir Ts Dr Mohamed Thariq dalam kenyataan media.

Beliau berkata idea mencipta dron gentian daun nanas tercetus semasa projek komuniti di Teluk Panglima Garang ketika didatangi ketua kampung meminta UPM membantu melupus daun nanas.

Dr Mohamed Thariq berkata 300 gram daun nanas boleh menghasilkan empat keping ‘plate’ pembuatan dron sekali gus memanfaatkan penggunaan bahan semulajadi itu.

Inovasi dron itu memenangi pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan tempatan.


Pengarang :