Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Bangunan Parlimen pada 16 Julai 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PKPP: 68 ditahan termasuk aktiviti dalam pub

SHAH ALAM, 16 JULAI: Seramai 68 individu semalam ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dengan 14 daripadanya direman manakala 54 dikompaun.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesalahan meliputi aktiviti di kelab malam dan kehadiran orang ramai yang menyukar penjarakan sosial.

“Kerajaan berharap rakyat menjadi mata dan telinga bagi pihak berkuasa untuk melapor apa-apa tindakan yang melanggar tatacara operasi piawai (SOP),” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata polis setakat ini membuat 67,938 pemeriksaan membabitkan pasar raya, restoran, penjaja, kilang, pasar awam dan tani, tempat ibadah serta kawasan riadah.


Pengarang :