Selangorkini
Taman Eko Rimba Chongkak Park Resort, Hulu Langat. Foto Tourism Selangor
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Taman Eko Rimba Kanching dan Chongkak dibuka semula, terhad 300 orang

SHAH ALAM, 6 JULAI: Taman Eko Rimba Kanching, Rawang dan Taman Eko Rimba Chongkak Park Resort, Hulu Langat yang ditutup lebih tiga bulan dibuka semula kepada umum hari ini.

Tourism Selangor memaklumkan waktu operasi bagi kawasan riadah itu pada 8 pagi hingga 4.30 petang setiap hari dengan had 300 pengunjung pada satu-satu masa.

Taman Eko Rimba Kanching, Rawang. Foto Tourism Selangor

“Bagaimanapun, aktiviti perkhemahan masih tidak dibenarkan sehingga satu masa yang diberitahu kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Agensi itu turut mengingatkan pengunjung mengutamakan keselamatan diri ketika beriadah selain mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) seperti berikut:

1. Melalui proses imbasan suhu wajib
2. Mendaftar masuk dengan aplikasi SELangkah
3. Memastikan jarak sosial satu meter
4. Digalakkan memakai pelitup muka
5. Tidak berhimpun atau berkumpul melebihi 10 orang di lokasi
6. Memastikan hanya lima orang berada di pondok rehat dan gazebo pada satu-satu masa
7. Pelaksanaan aktiviti mengambil kira kesesuaian pengendalian aktiviti dan pergerakan dengan ruang minimum dua meter per segi setiap individu

Kerajaan membenarkan pembukaan semula taman tema dan taman tema air pada 1 Julai lalu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

 


Pengarang :