BUDAYARENCANA

Maaf, tiada sambungan

dua minggu:
butang skip kita
tak boleh nak tekan

sebab semua ini berlaku
macam iklan berbayar;
harganya daripada tak

faham bahasa tentang kenapa
perlunya belajar tak bergerak.
tapi kita mana pernah pandai

dalam hal-hal berkurung atas
kemahuan sendiri. tak fikir pasal
mereka yang cuma kenal lebih dulu

keterpaksaan daripada pilihan.
tak peduli pun pasal akibat sebab
tiket murah  parti  riadah luar

lebih penting daripada perkataan
mendatar/merata/melandai
& bersinonim dengan cegah.

sekarang, waktu adalah video
panjang & jam menjadi relung
putih sedang buffer—tayangan ini

hanya berganjak setiap
dua minggu sekali. tak ada
butang skip atau Mbps cukup

laju, buat masa kini
untuk habiskan jangka
waktunya.

 

Jack Malik

 

 

 

 

 


Pengarang :