Tourism Selangor dengan kerjasama Mita membawa wakil agensi pelancongan dan media ke Jeti Sirip Biru, Sepang pada 23 Julai 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor kutip cukai pelancongan RM21.8 juta pada 2019

SHAH ALAM, 14 OGOS: Selangor mengutip cukai pelancongan berjumlah RM21.8 juta tahun lalu.

Pengurus besar Tourism Selangor berkata kutipan termasuk perkhidmatan dan kos dikenakan kepada pelancong yang menginap di hotel.

“Cukai ini penting bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelancong dalam usaha menyokong pembangunan industri tersebut di negeri ini,” kata Azrul Shah Mohamad pada sidang media Kejohanan Selangor Golf Classic 2020 di Kota Permai Golf and Country Club di sini semalam.

Kerajaan mengecualikan cukai pelancongan bermula 1 Julai lalu hingga 30 Jun 2021 sebagai langkah mengaktifkan semula industri itu di negara ini.

Agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan pula diberi penangguhan bayaran ansuran anggaran cukai sehingga hujung tahun ini manakala khidmat penginapan mulai 1 September hingga 30 Jun tahun depan.


Pengarang :