Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada 8 September 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Kes turun kepada dua digit, aktif cecah 551

SHAH ALAM, 12 SEPT: Kes baharu Covid-19 kembali menurun kepada dua digit selepas 58 kes dilaporkan hari ini dengan 53 kes tempatan, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 48 jangkitan dalam negara direkodkan di Sabah dengan 24 dari kluster baharu manakala 24 lagi babit kluster Benteng LD sementara lima kes lain di Kedah.

“Lima kes import turut dilaporkan masing-masing dari India, Filipina, Pakistan, Syria dan Indonesia. Ini menjadikan keseluruhan 9,868 kes.

“Terdapat 551 kes aktif dengan kebolehjangkitan iaitu 5.58 peratus dari keseluruhan. Sembilan pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan lima darinya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata lapan pesakit disahkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah pulih 9,189 kes iaitu 93.12 peratus.

“Tiada kematian baharu dilaporkan. Jumlah kumulatif kekal 128 kes iaitu 1.3 peratus,” katanya.

 


Pengarang :