Virus Covid-19 dikesan kali pertama di Wuhan, China, dilihat dalam ilustrasi yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada 29 Januari 2020. Foto REUTERS
AGENSISELANGOR

Covid-19: Selangor catat kes tempatan selepas 56 hari

SHAH ALAM, 2 SEPT: Selangor mencatatkan satu kes baharu Covid-19 hari ini selepas 56 hari tidak merekodkan jangkitan tempatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lalu.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor berkata kes tunggal itu membabitkan warganegara yang mendapat jangkitan dari kluster MV Glen, iaitu sebuah kapal di Pelabuhan Klang.

“Jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,175 kes. Pelbagai tatacara operasi piawai (SOP) dan garis panduan dibangunkan bagi golongan pelaut yang memasuki Malaysia.

“Ini adalah sebahagian daripada langkah penting untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 dari luar negara masuk menular ke dalam negara kita,” katanya di Facebook hari ini.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat pertambahan enam kes baharu termasuk dua kes jangkitan tempatan.


Pengarang :