Rodziah Ismail (kiri) meyerahkan sumbangan pelitup muka kepada Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) bersama Kesatuan Penghulu Penggawa Semalaysia Negeri Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam pada 14 September 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO galak golongan belia isi jawatan penghulu

SHAH ALAM, 14 SEPT: Golongan muda di negeri ini digalak memohon jawatan penghulu bagi memenuhi 11 kekosongan susulan penyandang terdahulu bersara wajib.

EXCO Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Rodziah Ismail berkata permohonan boleh dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.

“Kerajaan Negeri menyarankan orang muda memikul jawatan sebagai penghulu seperti mana kita menggalakkan pelantikan dalam kalangan wanita.

“Bukan bermakna kita tidak menyokong pelantikan mereka yang berusia tetapi apa yang penting sesiapa sahaja yang dilantik perlu melaksanakan tugas dengan amanah serta berdedikasi,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kesatuan Penghulu Negeri Selangor di Hotel Concorde hari ini.

Pada 8 Jun, Rodziah berkata lebih ramai wanita bakal dilantik sebagai penghulu pada pemilihan baharu. Ketika ini, terdapat lima penghulu wanita daripada 371 kampung tradisi di Selangor, antara tertinggi di negara ini.


Pengarang :