Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat Borhan Aman Shah mengangkat sumpah kerahsiaan sebagai EXCO Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 30 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO baharu angkat sumpah kerahsiaan, sertai mesyuarat maya

SHAH ALAM, 30 SEPT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah dan Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang baru dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri mengangkat sumpah kerahsiaan hari ini.

Majlis diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) berlangsung secara maya di hadapan Dato’ Menteri Besar seterusnya mempengerusikan mesyuarat EXCO susulan menjalani proses kuarantin di rumah.

Pada 17 September Borhan dan Mohd Zawawi mengangkat sumpah sebagai EXCO Kerajaan Negeri yang baharu di Balairung Seri Istana Alam Shah.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengangkat sumpah kerahsiaan sebagai EXCO Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 30 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Semalam Pejabat Dato’ Menteri Besar dalam kenyataan berkata Dato’ Seri Amirudin Shari akan mempengerusikan mesyuarat utama Kerajaan Negeri secara maya sehingga 4 Oktober.

Amirudin menjalani saringan Covid-19 secara berkala selepas pulang dari Sabah untuk memastikan dirinya bebas jangkitan sebelum kembali bertugas seperti biasa.

Bagaimanapun, beliau dan isterinya Datin Seri Masdiana Muhamad disahkan negatif Covid-19 tetapi mengehadkan urusan dengan bertugas dari rumah.

Amirudin berada di Sabah sejak 22 September lalu bagi membantu jentera Pakatan Harapan menghadapi pilihan raya negeri.

Bermula 27 September hingga 10 Oktober, individu yang pulang dari Negeri di Bawah Bayu wajib melakukan saringan Covid-19 dan menjalani perintah pengawasan serta pemerhatian di rumah (HSO).


Pengarang :