Foto Facebook Craftora
AGENDANASIONAL

Francissca Peter antara panel forum kebebasan bersuara dalam talian

SHAH ALAM, 15 SEPT: Penyanyi popular Francissca Peter bakal menyertai forum ‘Impak Pandemik Terhadap Kebebasan Bersuara’ yang berlangsung secara dalam talian jam 3 petang, Jumaat ini.

Pelantun lagu ‘Sekadar Di Pinggiran’ akan bersama ahli panel lain yang terdiri daripada kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar dan aktivis Gerakan Media Merdeka (Geramm) Radzi Razak.

Dikendalikan bekas wartawan Lim Hong Siang selaku moderator, forum turut menampilkan seorang lagi penyanyi yang popular dengan lagu ‘Tak Pernah Hilang’ Amylea Azizan.

Forum bersempena Pameran Kartun Covid X Free boleh disaksikan menerusi pautan craftora.com selain penonton boleh mengemukakan soalan semasa siaran langsung tersebut.


Pengarang :