EXCO Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail meraikan peserta program Usahawan Siswazah (Grow) di Dewan Jubli Perak. Foto Facebook Rodziah Ismail
EXCOSELANGOR

Kerajaan Negeri rai 70 peserta Grow tamat sesi bimbingan

SHAH ALAM, 16 SEPT: Seramai 70 peserta Usahawan Siswazah (Grow) di bawah program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) diraikan dalam satu Sesi Dialog Grow bersama EXCO Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail di Dewan Jubli Perak, kelmarin.

Majlis yang turut dihadiri tujuh syarikat pemaju itu dianjurkan selepas semua peserta fasa pertama dan kedua berjaya menamatkan sesi bimbingan perniagaan selama tiga bulan.

Turut diberikan penghargaan 48 Ketua Komuniti India (KKI) Selangor yang menjadi penggerak utama menjayakan program SITHAM.

Program SITHAM yang disokong Yayasan Hijarah Selangor merangkumi empat sub-program iaitu latihan pembangunan usahawan, kursus kemahiran dan pembuatan, geran bantuan peralatan perniagaan serta program Grow.

Insiatif ini merupakan antara usaha Kerajaan Negeri menggalakkan kaum India menceburi bidang keusahawanan bagi menjana pendapatan dengan peruntukan RM1 juta.

Dalam sesi taklimat yang dijalankan melibatkan 2,010 orang tahun lepas, seramai 542 individu memohon untuk menyertai program Grow.


Pengarang :