Sukarelawan Team Selangor menyiapkan 500 pek bungkusan untuk diberikan kepada penumpang dari Sabah. Foto: Twitter @teamselangorofl
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Team Selangor sumbang pek barangan untuk penumpang dari Sabah

SHAH ALAM, 29 SEPT: Sukarelawan Team Selangor menyediakan 500 pek barangan keperluan  untuk penumpang dari Sabah yang menunggu ujian saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Dato’ Menteri Besar turut menyertakan dua keping foto bantuan berkenaan yang diserahkan kepada Malaysia Airports bagi tujuan berkenaan semalam.

“500 pek berupa makanan, minuman, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman untuk penumpang dari Sabah yang menunggu giliran menjalani ujian saringan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter semalam.

Sementara itu, Team Selangor menerusi tulisan sama berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu penumpang di sana.

Dua lapangan terbang utama negara sesak pada Ahad kerana proses saringan Covid-19 terhadap individu yang pulang dari Sabah.

Keadaan itu menyebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia menambah bilangan kakitangan dan peralatan bagi melancarkan proses saringan.

 


Pengarang :