Anggota Bomba dan Penyelamat zon Petaling melakukan melakukan kerja-kerja sanitasi di Pangsapuri Damansara Bistari bagi mengekang daripada penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat jumlah kes semasa tinjauan di Petaling pada 14 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Petaling catat kes tertinggi Covid-19, saringan bersasar diteruskan

SHAH ALAM, 22 OKT: Ujian saringan bersasar bagi mengesan Covid-19 dalam kalangan penduduk diteruskan susulan peningkatan kes positif di Petaling.

Pegawai daerahnya berkata proses tersebut dijalankan semalam di Flat Pelangi Damansara, Persiaran Surian oleh kakitangan pejabat kesihatan daerah.

“Kluster Utama adalah kluster aktif Covid-19 yang merekodkan kes terbesar manakala sehingga semalam, mukim Sungai Buloh mencatatkan kes terbanyak bagi pesakit masih dalam rawatan diikuti mukim Petaling Jaya,” kata Johary Anuar kepada SelangorKini.

Beliau berkata penduduk digesa terus patuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan kekal mengikuti tatacara operasi piawai dengan duduk di rumah sekiranya tiada keperluan mendesak di luar bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Menerusi data Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, sehingga semalam Petaling merekodkan 340 kes aktif.

Daripada jumlah itu, 174 kes dicatatkan di mukim Sungai Buloh diikuti Petaling (90), Damansara (64) dan Bukit Raja (12).


Pengarang :