Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena program Sambutan Hari Malaysia, Pelancaran Nadi Desa MPKK Kampung Sungai Chincin dan MPKK Gombak Utara di pekarangan Masjid Gombak Utara Batu 8, Gombak pada 16 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Selangor tak galak perhimpunan beramai-ramai, rakyat digesa patuh SOP

SHAH ALAM, 2 OKT: Kerajaan Negeri tidak menggalakkan sebarang aktiviti persidangan mahupun perhimpunan beramai-ramai susulan pertambahan kes Covid-19 di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar berkata masyarakat dinasihat mengikut tatacara operasi piawai (SOP) sekiranya berada di tempat melibatkan orang ramai.

“Sebarang persidangan dan perhimpunan secara beramai-ramai adalah tidak digalakkan dan had maksima pada satu-satu masa adalah seramai 250 orang,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Selangor berjaya mengawal pandemik Covid-19 dengan kaedah digunakan berkesan sekiranya disokong rakyat pada peringkat awal penularan wabak ketika catatan jumlah kes tinggi.

“Justeru, masyarakat diseru agar terus mematuhi SOP dan mengamalkan 3W (basuh, pakai dan ingat) serta mengelakkan 3S (sempit, sesan dan sembang jarak dekat).

“Penyertaan kita semua adalah kunci kepada kejayaan terdahulu dan Kerajaan Negeri berharap agar kita dapat mengulangi semula kejayaan yang sama,” katanya.


Pengarang :