Pengguna 70 kawasan di Hulu Langat yang bergantung bekalan dari LRA Semenyih 2 sudah menerima air bersih sepenuhnya pada pukul 9 malam 20 Disember 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

1,092 kawasan terjejas terima semula bekalan air

SHAH ALAM, 12 NOV: Sejumlah 1,092 kawasan yang terjejas akibat henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) menerima bekalan sepenuhnya setakat jam 12 tengah hari tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan 187 lagi lokasi terjejas masih dalam proses pemulihan.

“Kuala Selangor dan Petaling merekodkan pemulihan bekalan air tertinggi iaitu 99 peratus, diikuti Kuala Lumpur (95 peratus), Hulu Selangor (91 peratus) dan Kuala Langat (80 peratus).

“Bagi Gombak jumlah pemulihan ialah 65 peratus dan Klang/Shah Alam sebanyak 60 peratus,” kata agensi menerusi Facebook hari ini.

Air Selangor turut menasihatkan supaya orang ramai menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan bekalan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Status pemulihan bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram serta laman sesawang http://www.airselangor.com.

Pada 10 November, LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor sekali gus menjejaskan lebih 1.1 juta akaun pengguna.


Pengarang :