Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkenaan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada 9 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 kekal empat digit, catat lima kematian

SHAH ALAM, 17 NOV: Jangkitan baharu Covid-19 kekal empat digit dengan mencatatkan 1,210 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 49,703 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata terdapat lima kematian direkodkan melibat satu di Perak dan empat di Sabah, menjadikan jumlah keseluruhan maut ialah 318 kes.

“Seramai 1,018 dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada virus itu sebanyak 36,624 orang.

“Sementara itu, kes baharu melibatkan 1,191 warga tempatan dan 19 kes import,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Beliau menambah, seramai 105 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 40 memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :