Saipolyazan Mat Yusop memberikan penerangan ketika sidang media di Bangunan Zakat Selangor, Shah Alam pada 23 November 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

LZS lancar kempen MY2.5, minta lebih ramai bayar zakat

SHAH ALAM, 23 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan sejumlah RM230 juta menerusi Kempen MY2.5 sepanjang Disember.

Ketua pegawai eksekutif berkata kempen dengan slogan ‘Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka’ bertujuan menggalakkan orang Islam membayar zakat sebanyak 2.5 peratus daripada pendapatan atau harta.

“Kempen yang bermula 1 sehingga 31 Disember depan bagi memastikan pengeluar zakat menunaikan tanggungjawab masing-masing pada musim puncak hujung tahun.

“Allah menetap hak untuk lapan golongan asnaf yang perlu kita bantu, jadi LZS menyeru lebih ramai tampil mengeluarkan zakat,” kata Saipolyazan M Yusop pada sidang media di Pejabat LZS Presint ALAMi Seksyen 13 hari ini.

Beliau berkata kutipan zakat pada bulan depan bakal digunakan untuk membantu golongan terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sebelum ini ramai keluarga terjejas akibat PKP dan LZS jangkakan pelaksanaan PKPB juga beri kesan yang kepada ramai keluarga, jadi lebih ramai perlu tampil bayar zakat,” katanya.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilaksanakan pada 14 Oktober dan disambung sehingga 6 Disember.


Pengarang :