Pengarah Pembangunan Sosial Mais, Suhaimi Ismail serta Pengurus Pendaftar Muallaf dan Pembangunan, Mohd Romzi Mohd Sani menyampaikan sumbangan kepada penerima semalam. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSISELANGOR

Mais agih bantuan fidyah di Kuala Selangor, Sabak Bernam

SHAH ALAM, 30 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan bantuan fidyah kepada 309 penerima sekitar Kuala Selangor dan Sabak Bernam semalam.

Agensi berkata kos keseluruhan bantuan bernilai RM30,900 itu meliputi makanan kering berupa beras, minyak, gula, tepung dan susu.

“Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasa Ramadan sehingga tiba tahun berikutnya.

“Bantuan ini dapat meringankan beban kepada penerima yang terkesan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan akan diberikan secara berperingkat” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Agensi berkata agihan disempurnakan Pengarah Pembangunan Sosial Mais, Suhaimi Ismail serta Pengurus Pendaftar Muallaf dan Pembangunan, Mohd Romzi Mohd Sani.

“Umat Islam yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari laman web Mais di MAIS – Majlis Agama Islam Selangor atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php,” katanya.


Pengarang :