Petugas kesihatan membuat saringan Covid-19 ke atas penduduk Klang di Taman Bayu Perdana pada 23 Oktober 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
SELANGOR

Selangor catat 472 kes baharu Covid-19, satu kematian

SHAH ALAM, 30 DIS: Kes baharu Covid-19 di Selangor menurun kepada 472 jangkitan hari ini berbanding 747 yang direkodkan semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 65 kes dikesan daripada kluster sedia ada termasuk enam jangkitan kluster baharu iaitu kluster Tapak Broga.

“Sebanyak 286 kes daripada saringan kontak rapat kes positif dan 121 lain-lain saringan Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, negeri itu turut merekodkan satu kes kematian baharu membabitkan seorang lelaki warganegara berusia 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia dan gout.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menerusi Facebook memaklumkan seramai 492 pesakit sembuh menjadikan keseluruhan pulih 20,756.

Keseluruhannya, Selangor merekodkan 31,188 kes Covid-19 setakat ini.


Pengarang :