Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan menerima replika cek berjumlah RM1.11 juta daripada Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan Abdul Hamid Bahari (dua, kanan) pada majlis Persembahan Zakat Perniagaan bagi Tahun Kewangan 2019 kepada LZS di Istana Bukit Kayangan pada 22 Disember 220. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM9.8 juta

SHAH ALAM, 22 DIS: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM9.8 juta daripada lima syarikat korporat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pada majlis tersebut, Gas Malaysia Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Hashimi Abdul Manap menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.5 juta, manakala Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn Bhd Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel pula menyerahkan RM1.25 juta, kedua-duanya bagi tahun kewangan berakhir 2020.

Sementara itu, tiga lagi membuat pembayaran zakat untuk tahun kewangan 2019 iaitu SIRIM Berhad yang diwakili Pengerusinya Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali (RM2.28 juta), QSR Brands (M) Holdings (RM1.7 juta) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (RM1.11 juta).

Majlis turut dihadiri Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail.

-BERNAMA


Pengarang :