AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan ucap Selamat Hari Natal, manfaat masa bersama keluarga

SHAH ALAM, 25 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada penganut agama Kristian yang meraikan perayaan itu hari ini.

“Kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan, di dalam dan di luar negara, beta dan Tengku Permaisuri Norashikin mengucapkan Selamat Hari Natal.

“Semoga memperoleh kebahagiaan melimpah ruah sepanjang Tahun Baharu,” titah baginda sempena sambutan Hari Natal di Facebook rasmi Selangor Royal Office.

Baginda bertitah, perayaan Krismas harus dimanfaat sebaik mungkin dengan meluangkan masa bersama keluarga.

“Sepanjang musim perayaan, marilah kita menggunakan masa untuk menikmati setiap perkara dan diharap detik terindah ini mampu menyentuh hati semua melalui cara istimewa.

“Beta berharap dengan wujudnya perpaduan kaum dalam negara dan keselesaan di rumah masing-masing dapat memberi semangat baharu dalam menyambut perayaan ini,” titah baginda.


Pengarang :