Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 27 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan baharu kekal lebih 2,000, kes pulih 2,230

SHAH ALAM, 1 JAN: Jangkitan baharu Covid-19 pada hari pertama tahun baru kekal melebihi 2,000 apabila mencatatkan 2,068 kes, sementara pesakit sembuh dengan catatan 2,230 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada kes baharu, dua adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan tempatan sebanyak 2,066 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 776 kes atau 37.5 peratus. Manakala tiga kematian direkodkan.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 23,433 kes,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Beliau menambah sehingga kini 126 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 


Pengarang :