Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kotak pek makanan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin (empat dari kanan) menerusi misi bantuan banjir di Maran, Pahang pada 29 Januari 2021. Foto Facebook Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais sekali lagi bantu mangsa banjir di Pahang

SHAH ALAM, 29 JAN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) meneruskan misi bantuan banjir di Pahang dengan sumbangan 200 kotak pek makanan.

Setiausaha Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata misi dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras) membabitkan 200 keluarga di Maran dengan peruntukan RM20,000.

“Pek makanan kering mengandungi beras, tepung gandum, gula, minyak masak, kicap, bihun, susu pekat, air mineral, biskut dan garam di samping pek penjagaan kesihatan.

“Sumbangan bertujuan memenuhi maslahah ummah terutama membantu berkaitan keperluan mangsa bagi meringankan beban mereka,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang Dato’ Sri Hajah Shahniza berterima kasih atas keprihatinan Mais terhadap rakyat Pahang menerusi bantuan itu.

Pada 15 Januari, agensi menyumbang 200 pek makanan kering kepada mangsa banjir di Kampung Baduk dan Kampung Teluk Sentang, Temerloh, Pahang.

Mangsa menerima pek makanan, selimut dan set penjagaan diri seperti berus dan ubat gigi, sabun mandi, kain pelikat serta kain batik.


Pengarang :