Petugas Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita pusat cuci kereta di Selayang kerana beroperasi ketika tempoh PKP pada 19 Januari 2021. Foto Facebook MPS
PBTSELANGOR

MPS sita pusat cuci kereta beroperasi ketika PKP

SHAH ALAM, 19 JAN: Sebuah pusat cuci kereta di Selayang disita selepas beroperasi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata premis itu mengingkari pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) perintah tersebut.

“Tindakan sitaan dikenakan terhadap sebuah premis yang menjalankan operasi cuci kereta.

“Sepanjang tempoh PKP, aktiviti cuci kereta adalah tidak dibenarkan untuk beroperasi,” katanya menerusi Facebook.

MPS berkata pihaknya akan meneruskan pemantauan berhubung pematuhan SOP dan mengambil tindakan dari semasa ke semasa.


Pengarang :