Petugas Pejabat Kesihatan Kuala Langat mengambil sampel saringan Covid-19 ke atas seorang warga asing di Pangsapuri Langat Utama, Kuala Langat pada 1 Jun 2020. Foto BERNAMA
BERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Kes sembuh atasi jangkitan harian di Selangor

SHAH ALAM, 13 FEB: Kes Covid-19 di Selangor hari ini kekal empat digit apabila merekodkan 1,345 jangkitan berbanding 1,214 semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negeri itu mencatat angka kes tertinggi dalam negara dengan 1,052 kes dikesan daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat.

“Jumlah ini termasuk 38 kes daripada kluster baharu iaitu kluster Lebuh Keluli dan kluster Industri Selesa selain satu kes import serta 292 kes lain-lain saringan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata dua lagi kematian baharu dilaporkan di negeri ini membabitkan lelaki warganegara berusia 20 dan 56 tahun menjadikan jumlah maut 214 orang.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata sebanyak 1,546 pesakit sembuh sekali gus mengatasi kes harian.

“Jumlah kes aktif yang sedang dirawat pula 6,031, dua daripadanya jangkitan luar negara,” katanya melalui perkongsian data di Facebook.

 


Pengarang :