Ketua Balai Polis Sri Muda Inspektor Mohammad Firdaus Mohd Khairi menjalani ujian saringan dalam program Saringan Komuniti Covid-19 Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kes Covid-19 di Selangor turun kepada angka 1,000

SHAH ALAM, 1 FEB: Kes harian di Selangor menurun kepada 1,362 berbanding 2,460 kes yang direkodkan semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes tersebut menjadikan keseluruhan jumlah aktif di negeri ini adalah 9,104.

“Terdapat tiga kluster baharu dikesan yang mana dua melibatkan tempat kerja di Petaling serta satu kluster melibatkan kakitangan dan penghuni pusat jagaan di Hulu Langat.

“Saringan pekerja di tapak binaan di Jalan Lagoon Selatan mengesan 76 kes positif manakala 44 kes positif melibatkan kilang di Taman Perindustrian Puchong, manakala kluster Sungai Purun mengesan 27 kes positif,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berkata hampir separuh angka melibatkan daerah Petaling yang mencatat 639 kes diikuti Hulu Langat (243) dan Klang (203).

“Kuala Langat pula (82), Sepang (74), Gombak (57), Kuala Selangor (21) dan Sabak Bernam (19),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selangor merekodkan kes harian lebih 2,000 tiga hari berturut iaitu 3,285 kes pada 30 Januari, 3,126 (29 Januari) dan 2,460 (31 Januari).


Pengarang :