Vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech selamat tiba di Pejabat Kesihatan Putrajaya pada 24 Februari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

4,276 warga Selangor terima suntikan vaksin setakat 3 Mac

OLEH MUHAMMAD MUSTAKIM RAMLI

SHAH ALAM, 4 MAC: Seramai 4,276 individu di negeri ini mendapat suntikan vaksin dos pertama melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, setakat semalam.

Berdasarkan maklumat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Twitter, seramai 80,336 orang menerima vaksin di seluruh negara.

Foto Twitter Vaksin Covid-19

Daripada jumlah itu, Sarawak mencatat bilangan tertinggi membabitkan 13,691 orang, Kuala Lumpur (8,505), Perak (7,757), Kelantan (7,725), Pahang (7,415), Johor (6,454) dan Terengganu (4,566).

Seramai 4,388 orang menerima vaksin di Kedah, Negeri Sembilan (3,101), Pulau Pinang (2,914), Melaka (2,752), Sabah (1,898), Labuan (1,789), Perlis (1,598) dan Putrajaya (1,507).

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar memaklumkan seramai 68,677 individu menerima suntikan vaksin fasa pertama di Selangor melibatkan tiga kategori petugas hadapan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kategori pertama meliputi 37,151 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia, kategori kedua merangkumi 14,357 petugas petugas di klinik dan hospital swasta.

Sementara kategori ketiga iaitu 17,169 lagi untuk petugas hadapan bukan kakitangan perubatan seperti bomba dan polis.


Pengarang :