ADN Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze bersama penduduk setempat meninjau projek pembinaan pagar taman perumahan USJ3C pada 17 Mac 2021. Foto Michelle Ng
ADNSELANGOR

DUN Subang Jaya peruntuk RM40,000 bina pagar, laluan pejalan kaki

SHAH ALAM, 18 MAC: Dua projek sekitar Subang Jaya yang siap sepenuhnya Oktober tahun lalu memberi kelegaan kepada komuniti setempat.

Ahli Dewan Negeri berkata pembinaan pagar taman perumahan USJ3C yang menelan kos RM19,990 berjaya mengurangkan kejadian jenayah di kawasan terbabit.

“Projek ini melibatkan penaik tarafan pagar ‘chain link’ yang memisahkan Taman Rekreasi Hutan Bandar MBSJ dan kawasan perumahan kepada jenis pagar berangkai.

ADN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze bersama penduduk setempat meninjau sambungan laluan pejalan kaki di padang awam Jalan SS15/2E pada 17 Mac 2021. Foto Michelle Ng

“Pagar lama sudah rosak berikutan sering dipecah masuk sehingga menyebabkan ramai penduduk di kawasan perumahan ini menjadi mangsa jenayah,” kata Michelle Ng Mei Sze kepada SelangorKini.

Sementara itu, beliau berkata pembinaan sambungan laluan pejalan kaki di sekeliling padang awam Jalan SS15/2E memberi keselesaan kepada pengunjung khususnya penduduk sekitar.

Menurutnya, sebanyak RM19,993 dibelanjakan untuk laluan pejalan kaki jenis konkrit imprint berukuran 86.5 meter x 1.5 meter.

“Semasa melawat SS15/2E, saya dapati laluan pejalan kaki di padang awam tersebut tidak dihubungkan sepenuhnya dan berbentuk ‘U’. Penduduk berjoging di atas laluan lama perlu berpatah balik untuk meneruskan senaman,” katanya.


Pengarang :