Mohd Zawawi Ahmad Mughni (tengah) melihat kraftangan penduduk Kampung Orang Asli Sungai Buloh ketika program Jelajah Dakwah Rentas Rimba pada 25 Mac 2021. Foto MUSTAKIM RAMLI/SELANGORKINI 
EXCOSELANGOR

Imam dari sekolah tahfiz pimpin tarawih Orang Asli

SUNGAI BULOH, 25 MAC: Pejabat agama Islam di setiap daerah akan menjemput imam dari pusat tahfiz untuk memimpin solat tarawih masyarakat Orang Asli.

EXCO hal ehwal agama Islam berkata permintaan daripada komuniti terbabit sebahagian usaha menyemarakkan sambutan Ramadan tahun ini.

“Kita akan bantu terutama keperluan imam dan bilal dalam kalangan pelajar tahfiz yang layak untuk membimbing mereka,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Beliau yang ditemui pada program Jelajah Dakwah Rentas Rimba di sini menambah terdapat 46 surau di perkampungan Orang Asli seluruh negeri dan ada yang memerlukan penambahbaikan.

Mohd Zawawi sebelum ini mengingatkan pengurusan masjid dan surau supaya mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketat ketika menganjurkan solat terawih.

Beliau berkata pentadbir perlu mendaftar aplikasi Selangkah atau MySejahtera, menyukat suhu dan meminta jemaah membawa sejadah sendiri.


Pengarang :