Petugas kesihatan membuat ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
SELANGOR

Kes baharu Covid-19 di Selangor menurun, catat 256 kes

SHAH ALAM, 28 FEB: Kes baharu Covid-19 di Selangor terus menurun apabila merekodkan 256 kes hari ini berbanding 283 semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata 78 kes dikesan hasil saringan kontak rapat kes positif.

“Sementara 32 kes lagi daripada kluster-kluster sedia ada termasuk lima kes daripada kluster baharu iaitu kluster Ladang Sungai Pelek.

“Manakala, 46 kes lagi daripada lain-lain saringan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat satu kluster di Sepang dengan membabitkan tempat kerja.

Menurutnya, kluster Ladang Sungai Pelek itu dikesan 19 Mac lalu hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan pekerja ladang di Sungai Pelek, Sepang. Sehingga hari ini, 182 individu telah disaring, di mana 32 kes dikesan positif,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melaporkan sebanyak 364 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pulih 112,913.

Katanya, terdapat satu kematian direkodkan menjadikan 325 kes keseluruhan manakala terdapat 1,559 kes aktif.


Pengarang :