Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 16 Februari 2021. Foto: BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes baharu Covid-19 rekod bawah 1,500

SHAH ALAM, 13 MAC: Kes baharu Covid-19 merekodkan jumlah bawah 1,500  apabila 1,470 kes dicatatkan hari ini berbanding 1,575 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 322,409 kes.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes sembuh Covid-19 terus mengatasi kes positif baharu apabila 1,830 pesakit sembuh  menjadikan jumlah keseluruhan 304,492.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 16,711 kes.

“Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 1,206,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat 162 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 70 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 551 kes diikuti oleh Sarawak sebanyak 222 kes dan Pulau Pinang sebanyak 178 kes.


Pengarang :