Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor 2024 di Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 27 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Rakyat terima limpahan ekonomi hasil dasar keterbukaan negeri

HULU SELANGOR, 28 APRIL: Kejayaan ekonomi Selangor didorong dasar keterbukaannya yang membenarkan rakyat dari seluruh negara mencari peluang baharu di negeri ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbirannya bertekad untuk terus berusaha meningkatkan taraf kehidupan rakyat melalui pelbagai perancangan pembangunan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Riuh Raya #KitaSelangor di Bandar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 27 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI“Negeri ini bukan sahaja menumpukan kepada usaha memanjangkan ekonomi negeri tetapi akan terus melahirkan dasar berteraskan rakyat seperti Iltizam Selangor Penyayang (ISP) dan Mamakerja.

“Selangor bertindak sebagai payung kepada rakyat dari pelbagai latar belakang untuk mencari kehidupan di sini, mereka hidup dengan aman damai di negeri yang dihuni masyarakat majmuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri di Bandar Kuala Kubu Bharu di sini, malam tadi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama orang ramai yang hadir ketika Riuh Raya #KitaSelangor di Bandar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 27 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Amirudin menambah negeri akan mengkaji semula keberkesanan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dengan membentangkan kajian separuh penggal rancangan tersebut pada pertengahan tahun ini.

“Tahun ini negeri akan membentangkan semakan separuh penggal untuk RS-1, melibatkan perancangan 200 program yang dianggarkan menelan belanja RM200 bilion.

“Ia bagi memastikan semua rancangan dan dasar infrastruktur memberi impak positif kepada semua masyarakat di seluruh daerah di Selangor,” katanya.

Orang ramai tidak melepaskan peluang menikmati aneka juadah ketika Riuh Raya #KitaSelangor di Bandar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 27 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 


Pengarang :