Orang ramai tidak melepaskan peluang menikmati aneka juadah ketika Riuh Raya #KitaSelangor di Bandar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 27 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tiada kempen, rumah terbuka Aidilfitri di KKB tidak langgar peraturan pilihan raya

HULU SELANGOR, 28 APRIL: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh Kerajaan Negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) semalam, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau menjelaskan tidak wujud sebarang elemen kempen pada penganjuran rumah terbuka itu dan program tersebut tidak hanya terhad kepada penduduk KKB sebaliknya terbuka kepada semua warga Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama orang ramai yang hadir ketika Riuh Raya #KitaSelangor di Bandar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 27 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ia (penganjuran program itu) memang ikut giliran sebab sebelum ini kita buat di semua daerah dan kita memang pilih kawasan ini kerana kebetulan ia lokaliti pertama rumpun Selangor oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Melihat respons yang baik jadi kita buat di sini…sambutan Tahun Baharu Cina telah berlangsung di Dengkil atau di Daerah Sepang baru-baru ini, jadi mungkin nanti sambutan merdeka kita boleh gilirkan (lokasi) untuk rapat dengan komuniti atau masyarakat,” katanya di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Riuh Raya #KitaSelangor 2024 di sini.

Orang ramai tidak melepaskan peluang menikmati aneka juadah ketika Riuh Raya #KitaSelangor di Bandar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 27 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Dalam pertandingan empat penjuru, calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao, yang menggunakan logo Pakatan Harapan dicabar Khairul Azhari, Hafizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

DUN Kuala Kubu Baharu memiliki 40,226 pengundi, terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang tidak hadir luar negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi PRK ini pada 11 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

– BERNAMA


Pengarang :